Senyum

Senyum

Saturday 22 December 2012

Hidup Baru...

Salam..
rasanya, terlalu lama aku tak berceloteh di blog aku ini... mungkin terlalu sibuk dengan aktiviti-aktiviti sebagai pelajar, dengan kelas dan sebagainya.


bersama sahabat baru dan lama...suka duka pon rasanya cm baru...hehehehe.... ni kat cameron highland...field trip visit.

ni plak kat kenduri kawen member sekelas...hehehe...


ni antara assignment kat shah alam ni...kumpul2 rumput, keringkan pastu msuk dlm fail...

seminar keusahawanan d uitm shah alam

program amal...mewakili uitm.

sahabat baru...

ni sahabat baik aku...mohd azriq.
same-same g Maha 2012..



ni la keadaan nak ke kelas setiap hari....hari cuti pon kadang2 camni...huhuhuhu...

kesimpulan :- kehidupan baru tak bermakna aku lupakan kehidupan lama...kenangan itu mengukir senyuman...tapi, kehidupan masa kini yang menentukan kehidupan kita d masa hadapan... aku suka kehidupan baru ni...bnyak tekanan, tapi itu yang mematangkan aku...  :)






Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan 

Monday 30 May 2011

Mau Jadi Kaya??

Salam..
actually,xder kaya pon..tp,dpt r jana pendapatan serba sedikit..aku pon tak join lg ni,bkn sbb x nak join,tp sbb bnda ni perlukan modal...dalam Rm 100 je..tp,huhuhuhu......lom ckup modal nak join..pe2 pon,masalah ni x menghalang ak tuk tlg promote kawan aku yang dah mencuba..agak lumayan pendapatan yg die dpt,kata nya..so,ape salahnyer lau korg pon cuba kan...kite sume perlukan duit...lg2 bile krjaan naikkn arga mnyak n tarif electrik ni..hehehe...so,ni la program nyer :


lau korg berminat,korg baca dulu sume perkara dalam link d atas,then mendaftar la..senang je...
So,jgn tungu lelame,lg2 bagi yang giler cari duit tu.hehehehe....

ape2 pertanyaan,anda leh tnye rakan aku ni k... :   http://www.facebook.com/amiruljamaludin90

ok..itu saja..jgn lpaskn peluang yer..aku pon nak join gak ntn ni..



Wednesday 25 May 2011

Alhamdulilah...

Akhirnya,grad juga aku sebagai student uitm..huhuhu..result sem akhir yg ak dpt amatla menggembirakan..mungkin x mencapai impian aku,tapi,aku bersyukur kerana Allah telah memberi yang lebih baik tuk aku.. 

yeah!!!! Aku dah grad....(walaupon diploma je) hehehe...
Setiap kejayaan perlu di diraikan...hehehe


Ayat yang paling bermakna sekarang ni....huhuhu

Dan,ak dedikasikan untuk mereka : 

Keluarga yang banyak membantu aku...
Tanpa merka,aku xkan mampu mendapat kejayaan ini...




Saturday 21 May 2011

Kebahagian......

Sesunguhnya kebahagiaan manusia datangnya dari aspek-aspek yang berbeza..Ada yang datang melalui kebahagiaan berkeluarga,ada yang datang melalui kebahagiaan mengecap kejayaan...kerna,setiap manusia berbeza..


“Sungguh ajaib sikap seorang mukmin! Karena segala sesuatunya baik baik baginya. Hal itu hanya berlaku bagi seorang mukmin saja. Apabila ia mendapatak kesenanagan, ia bersyukur. Itu menjadi kebaikan baginya. Dan apabila ia tertimpa musibah, ia tetap tabah, maka itu pun menjadi kebaikan baginya.” (Diriwayatkan oleh Muslim no. 2999)

Syahir : Kebahagian dalam Perpisahan
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan itu semestinya perlu dicari..Tidak ada yang datang dengan sendirinya...Perlu disingkap,kerana tidak akan muncul dengan begitu sahaja...Perlu dikecapi,kerna itu yang mengembirakan...


Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 29 ,“Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”

Sedikit sorotan daripada: Aku Wanita paling Bahagia (Abu Umar Basyier)


Kebahagiaan tetaplah rahasia Ilahi, meskipun ’sejuta manusia’ menggapai langit dan menggali bumi, demi kebahagiaan sejati.
Keyakinan terhadap takdir, menjunjung manusia ke arah ketabahan, kepasrahan dan keteduhan hati.
Keihlasan, bak mutiara terpendam, menyorotkan cahaya pasrah, menyambut keridhoan ilahi.
Peneladanan terhadapmu, wahai Nabiku, seringkali menggeser segala kesukaan kami terhadap segenap penghuni bumi. Itulah sebabnya, kehambaan kami bertahan hingga kini.





                          


Friday 20 May 2011

Hujan........

“Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya. “ (Al-Mukminun : 18)

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

Lirik Hujan - Sudirman

Hujan membawa Rahmat :

“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) .”
(Al-A’raf : 57)



Bersyukurkah kita kerna  masih lagi merasa titisan hujan?


Tadahlah tangan sebagai tanda kita mensyukuri nikmat yang Allah S.W.T. berikan......

“Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud : 123)


:)




Thursday 19 May 2011

Salam Perkenalan

Di awal permulaan perkenalan ini, kita hayati dahulu apakah yang dimaksudkan dengan persahabatan :


Sajak Persahabatan – Khalil Gibran
Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia  menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam  persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika  kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.
~ Khalil Gibran




Buat Rakan-rakan Tersayang :